HOTLINE

HOTLINE

Pages

SIJIL DIIKTIRAF SELURUH DUNIA

SIJIL DIIKTIRAF SELURUH DUNIA

15 Jan 2017

Nasihat doktor - pentingnya makan supplemen tambahan

Dulu saya agak keberatan untuk menasihati pesakit saya untuk mengambil suplemen. Saya tidak berapa kisah sangat tentang pemakanan pesakit saya.

Bila saya ditanya, saya akan jawab dalam skrip yang sama.
"Suplemen ini tak penting. Iklan tentang suplemen ini satu penipuan"

"Orang Msia tidak perlu makan suplemen sebab makanan kita sudah banyak nutrien"

"Suplemen akan menyebabkan air kencing kita jadi mahal, kerana ia tidak diserap ke dalam tubuh, dan dibuang melalui air kencing"

Setelah 20 tahun menjadi doktor perubatan moden, dan melihat bagaimana pesakit kronik tidak pernah sembuh, malah semakin teruk (mengalami komplikasi) setelah 10-15 tahun, saya terbuka hati untuk mengkaji tentang pemakanan dan suplemen.

Sepanjang pengalaman saya, belum jumpa pesakit darah tinggi atau pesakit kencing manis, yang sembuh dari penyakitnya. Kebanyakannya terpaksa mengambil lebih banyak ubat, dan ada yang mengalami komplikasi seperti stroke, ginjal rosak dan sakit jantung.

Begitu juga dengan penyakit seperti MS atau SLE atau rheumatoid arthritis yang terpaksa bergantung kepada sterois sepanjang hidupnya.

Ini kerana saya diajar bahawa penyakit2 ini adalah disebabkan oleh genetik, dan ia TIDAK BOLEH dirawat. Pesakit harus makan ubat seumur hidup.

Rupanya konsep ini salah, kerana "setiap penyakit ada ubatnya". Hanya kita yang belum berjumpa dengan ubat atau cara pengubatan yang serasi.
: Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

No comments:

Post a Comment